Skip to main content

Bola Sepak

Kali pertama main ACL, saya korban jiwa raga -- Penyokong setia JDT berlinang air kenang momen indah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fk.jpg
Menjadi penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) memang banyak kenangan suka duka. 

Tempoh perjalanan yang diambil untuk Harimau Selatan sampai ke tahap sekarang amat perit dan sangat mencabar. Para pemain berjuang demi mengangkat bola sepak JDT di persada dunia.

Penyokong pula sentiasa berkorban berdiri di belakang pasukan kesayangan sebagai tanda pemain ke-12 demi melihat setiap kejayaan berhasil diraih.

Sejak pasukan terbaik Malaysia itu diterajui oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), JDT sudah merangkul 11 kali gelaran Liga Super berturut-turut dan telah mengumpul beberapa trofi kejohanan domestik (Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia) dengan penguasaan dominan. 

Kini, skuad kendalian Hector Bidoglio itu tertumpu kepada pentas tertinggi Asia tatkala memasang impian berada sebaris pasukan terkemuka rantau tersebut.

Bukan sahaja kebanggaan negeri Johor, malah membantu menaikkan ranking Malaysia menerusi mata yang dipertandingkan dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).




“JDT adalah medium penyatuan bangsa Johor. 

“Bila Stadium Sultan Ibrahim (SSI) penuh, itu menunjukkan betapa bersatu padunya penyokong Johor di belakang kelab.

“Ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. 

“Tiada siapa boleh mengeluarkan bola sepak daripada hidup saya," kata Farhan Khair Fawazul Khair. 

Ketika berkongsi kepada Astro, Farhan sebak menceritakan perjalanan bergelar seorang peminat setia JDT yang tidak putus menyeru semua lapisan masyarakat hadir menyaksikan perlawanan JDT di stadium.

Tiada apa yang boleh diungkap melainkan semangat cinta terhadap kelab popular Asia Tenggara itu.

“Ketika pertama kali JDT bermain di pentas ACL, saya korbankan jiwa dan raga saya untuk ke Jepun. 

“Waktu itu sangat teruja.

“Saya selalu berkata, dari awal menjadi seorang peminat JDT, ia adalah ibarat impian bertukar realiti.

“Sejak awal penubuhan kelab, ia sudah melengkapi impian saya," tambahnya lagi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video