Serah kepada SPRM jika ada laporan -- Menteri
Fatin Ruzaiman
April 4, 2024 13:18 MYT
April 4, 2024 13:18 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini.
FAM pada hujung minggu lalu dipalit dengan isu e-mel beracun yang dihantar kepada media, yang sarat dengan dakwaan berlakuknya salah guna kuasa dalam pengurusan badan induk itu.
Ia menjejaskan reputasi FAM sebagai badan pentadbir bola sepak negara tetapi Hannah, menerusi perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkata ia merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia campur tangan sekiranya ada bukti penyelewengan berlaku.
"Kalau semua orang berhenti kerja untuk layan surat layang agak susah untuk semua.
"Dalam semua syarikat, semua tempat pun saya percaya sudah jadi kebiasaan.
"Kalau ada laporan dibuat, itu kita akan ambil tindakan," kata Hannah.
"Surat layang itu perkara biasa"- Hannah Yeoh. Bagaimanapun, isu tersebut akan dibincangkan secara teliti bersama FAM untuk membersihkan semula nama sukan bola sepak negara. @ASTROARENA pic.twitter.com/XQbpWLEVtK
— Faizal Bazari (@faizalbazario) April 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.