Skip to main content

Bola Sepak

Kalau hujan macam mana? -- Subramaniam dedah sisi lucu Nurul Azwan Roya sewaktu di Kelantan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

subramaniam.jpg
S. Subramaniam mengakui tempoh gemilang dalam kariernya adalah ketika mewakili Kelantan dari 2010 hingga 2013.

Dalam rancangan Bola Itu Life kelolaan Astro Arena, Subramaniam turut mendedahkan pengalaman di luar padangnya bersama barisan pemain The Red Warriors yang memupuk keakraban mereka sehingga ke hari ini.

Antara yang menggamit kenangannya adalah bekas pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya.

"Ada lagi satu kisah lucu. Dalam bilik persalinan, waktu itu 2011, ada seorang pemain yang kelakar.

"Saya seorang yang serius dalam bilik persalinan, sewaktu hari perlawanan, saya akan fokus sepenuhnya dan amat senyap.

"Ada seorang kawan kami, Nurul Azwan Roya, yang suka main-main sewaktu latihan.

"Dalam bilik persalinan menjelang perlawanan, taklimat terakhir dari jurulatih, Datuk M. Karathu, dia berkata, 'hari ini kita kena menang, kita kena main macam api'.

"Tiba-tiba ada satu suara dari belakang, 'coach, kalau hujan macam mana?'.

"Coach jawab, 'Itu api kalau hujan pun tak boleh padamlah', dan kemudian satu bilik persalinan ketawa besar."

Tontoni Bola Itu Life di Astro Arena saluran 801 setiap Khamis jam 6.00 petang, termasuk juga di aplikasi Astro Go.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video