Kalau boleh nak beraksi lawan Kedah Darul Aman -- Faisal Halim


Mei 18, 2024 15:12 MYT
Faisal Halim melahirkan rasa sudah jemu menjalani rawatan di hospital -- dua minggu selepas disimbah asid oleh dua orang individu tidak dikenali di Ibu Kota.
Justeru, bintang Harimau Malaya itu meluahkan hsratnya untuk turun beraksi bersama Selangor termasuk bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Petaling Jaya (MBPJ), malam ini, demikian menurut Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Shahril nyata kagum dengan semangat yang ditonjolkan anak buahnya itu yang menunjukkan perkembangan positif, namun ia masih terlalu awal untuk Faisal dipertaruhkan, apatah lagi dia dijadual akan menjalani satu lagi pembedahan di sebuah hospital di Shah Alam.
"Hampir setiap kali pertemuan Faisal akan menyatakan keinginan mahu kembali ke padang menjalani latihan atau menyepak bola.
"Dia mengetahui malam ini(semalam) Selangor akan berentap dengan KDA FC. Itu pun dia nyatakan hasrat mahu beraksi bersama pasukan.
"Saya terpaksa menenangkannya dan memberitahu bahawa dia perlu kembali sihat jika mahu bermain bola seperti biasa,"katanya di Harian Metro.
#liga super #Selangor #Kedah Darul Aman #DemiLigaKita
;