EPL
Kai Havertz tambah sengsara jentera serangan Arsenal
Arsenal mengesahkan bahawa penyerang, Kai Havertz, akan terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan hamstring ketika kem latihan kelab itu di Dubai.
The Gunners menjelaskan pemain itu akan menjalani pembedahan dan dijangka meneruskan pemulihannya ke pramusim menjelang kempen 2025-26.
Justeru, Mikel Arteta kini tanpa penyerang tulen untuk baki kempen ini yang boleh menggugat mereka merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gabriel Jesus sudah pun menjalani pembedahan ligamen anterior cruciate (ACL), manakala Bukayo Saka kekal diketepikan selepas mengalami masalah hamstring sejak Disember lalu.
Havertz merupakan penjaring terbanyak Arsenal dalam liga musim ini dengan mencetak sembilan gol, tiga gol lebih banyak daripada tempat kedua, Gabriel Martinelli, yang juga mungkin tersisih.
Martinelli mengalami kecederaan hamstring dalam kekalahan kedua Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Newcastle dan dilaporkan perlu berehat sekurang-kurangnya selama sebulan.