Skip to main content

Bola Sepak

Kagawa dipinjamkan ke Besiktas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shinji-kagawa.jpg
Besiktas telah melengkapkan perpindahan Shinji Kagawa secara pinjaman daripada Borussia Dortmund.

Pemain kebangsaan Jepun itu menyertai Besiktas hingga penghujung musim ini selepas tidak lagi tersenarai dalam skuad utama pendahulu Bundesliga itu.

Kagawa, yang tampil dalam kesebelasan utama sekali dalam saingan liga musim ini, menyuarakan keinginannya untuk berhijrah ke LaLiga.

Tetapi bekas pemain tengah Manchester United bakal meneruskan saingan musim ini dalam saingan Liga Super Turki.

"Kagawa bukan sahaja seorang pemain yang berkualiti tetapi adalah sahabat baik kepada kelab ini," kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc. 

"Kami tidak mahu menghalang hasratnya untuk berhijrah."

Besiktas kini menghuni tangga keenam liga selepas meraih empat mata dalam enam perlawanan liga.

Advertisement

Must Watch Video