Skip to main content

Bola Sepak

Kad merah paksa Selangor ubah pendekatan lawan KL City -- Feichtenbeiner

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michael-feichtenbeiner.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner, mengakui kad merah yang dilayangkan kepada tonggak pertahan pasukannya, Ahmad Zikri Khalili, memaksa mereka untuk mengubah pendekatan sehingga terikat seri dengan Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Gergasi Merah bermula baik dan mengasai hampir keseluruhan babak pertama, termasuk menjaringkan gol pendahuluan melalui penyudah ketua pasukan, Brendan Gan, pada minit ke-37.

Bagaimanapun, Ahmad Zikri kemudian dilayangkan kad kuning kedua kerana menarik Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-55.

Beraksi dengan 10 pemain, Selangor terpaksa berkampung di tempat sendiri sehingga dibolosi oleh jaringan penyamaan Romel Morales buat KL City pada minit ke-68

Feichtenbeiner berasakan aksi bertahan yang dipamerkan pasukannya itu tidak dapat dielakkan disebabkan beberapa situasi yang melanda mereka.

"Sudah pasti kerana jika anda mengambil kira situasi 10 lawan 11, pemain dan kami juga baru sahaja menentang Penang FC beberapa hari lalu, jadual yang padat, ia memaksa kami untuk beraksi lebih bertahan," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.

"Selepas separuh masa, kami mencuba untuk mencari gol kedua untuk membunuh perlawanan ini tetapi selepas kad merah itu, kami memerlukan beberapa perubahan dan ia mengubah segala-galanya.

"Selepas itu, mereka juga tidak dapat menyudahkan sepakan penalti. Disebabkan kad merah itu, saya berasakan keputusan seri merupakan keputusan yang adil," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video