Kad merah Bergson tidak sekat JDT tundukkan Kedah Darul Aman
Shaiful Shamsudin
Oktober 4, 2022 23:15 MYT
Oktober 4, 2022 23:15 MYT
KDA 1 JDT 3
Kad merah Bergson Da Silva tidak menghalang juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk meneruskan rekod kebal musim ini, sebentar tadi.
Penyerang dari Brazil itu terlebih dahulu memadam jaringan awal tuan rumah, Kedah Darul Aman, menerusi Ronald Ngah pada minit ke-12.
Tetapi beberapa saat sebelum separuh masa pertama memasuki masa kecederaan, tindakan Bergson yang mengangkat tangan ke arah Rodney Celvin memakan diri apabila meninggalkan padang dengan serta merta oleh pengadil, Hamdan Awang.
Harimau Selatan -- yang masih mampu mengimbangi pertemuan berat sebelah dalam babak kedua itu -- apabila Syafiq Ahmad memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Leandro Velaquez pada minit ke-60 untuk kedudukan 2-1.
JDT terpaksa membuat pertukaran selanjutnya apabila Shane Lowry pula terpaksa meninggalkan padang akibat kecederaan, lantas memberi laluan kepada Aidil Zafuan Abd Radzak untuk mengisi tempatnya.
Ronald Ngah kekal menjadi ancaman di pintu gol pelawat melalui tandukan mengelirukannya, tetapi satu lagi kesilapan di dalam kotak penalti memberi ruang untuk Afiq Fazail pula melebarkan kedudukan kepada 3-1.