K. Gurusamy mahu bawa BR Damansara teraju liga amatur

Najmi Iman
Oktober 15, 2024 20:11 MYT
Bekas pemain tengah Harimau Malaya, K. Gurusamy, bertekad melakukan kemunculan semula dalam kancah Liga Super Malaysia serta memasang impian besar untuk kembali menempa nama dalam arena bola sepak Malaysia.
Sasaran utamanya bukanlah untuk menyertai mana-mana pasukan sedia ada dalam saingan tersebut, sebaliknya mahu membawa kelab yang sedang beraksi di Liga A1 Semi-Pro, Bunga Raya Damansara, ke liga utama negara.
Pemain berusia 35 tahun itu mahu mengambil peluang tatkala menjadikan pusingan kedua liga amatur tersebut sebagai pentas kebangkitan untuk menjuarai kejohanan berkenaan.
"Kami harus memperbaiki gaya permainan di samping jurulatih baharu sudah memahami setiap pemain, jadi kami mahu buat yang terbaik baki 14 perlawanan selepas ini.
Sebagai rekod, kali terakhir Gurusamy bermain dalam Liga Super ialah pada musim 2022 selepas pembubaran skuad Petaling Jaya City pada ketika itu.
#bola sepak #K. Gurusamy #Liga A1 Semi-Pro #Bunga Raya Damansara
;