Skip to main content

Bola Sepak

Juventus tidak perlu bimbang -- Pjanic

13917miralempjanic.jpg
Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic, menggesa rakan sepasukannya supaya bertenang dengan kekalahan 3-0 kepada Barcelona dalam aksi pembukaan Kumpulan D Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Pjanic dan Juventus gagal mengulangi kejayaan mereka pada musim lalu ketika berdepan Barcelona, denganMessi yang berada pada tahap terbaik gagal dikawal oleh pemain-pemain Juventus untuk meledak dua gol dalam perlawanan yang berlangsung di Nou Camp.

Pemain kebangsaan Argentina itu turut merencanakan bantuan jaringan untuk gol Ivan Rakitic bagi melengkapkan kemenangan 3-0 tetapi Pjanic percaya Juventus yang dihimpit masalah kecederaan tidak perlu bimbang dengan kekalahan ini.

"Messi berjaya merobek gawang kami di penghujung babak pertama," kata Pjanic.

"Kami telah bermain dengan cemerlang dan berasakan mampu untuk meledak gol.

"Bersambung selepas rehat, ia hanyalah perlawanan pertama dan kami tidak perlu bimbang.

"Juve turun tanpa kelibat tonggak utama pasukan tetapi ia bukan alasan. Kami perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan ini dan memperbaiki kelemahan yang dimiliki pasukan."

Juve akan berusaha untuk meneruskan persembahan cemerlang dalam saingan Serie A ketika bertandang ke Sassuolo, disusuli dengan aksi kedua UCL berdepan Olympiacos, hujung bulan ini.

Advertisement

Must Watch Video