Skip to main content

Bola Sepak

Juventus temui semula keinginan untuk bertahan -- Allegri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ola-aina-and-weston-mckennie.jpg
TORINO 0 JUVENTUS 1

Massimiliano Allegri berkata Juventus telah menemui semula keinginan untuk bertahan selepas menewaskan seteru setempat, Torino, 1-0 awal pagi tadi.

Juve terpaksa menunggu sehingga gol saat akhir Manuel Locatelli untuk mengesahkan pungutan tiga mata dalam perlawanan 'Derby della Mole' itu untuk kali pertama pasukan Bianconeri berkenaan tidak diolosi sejak 21 perlawanan Serie A lalu.

Ia kemarau perlawanan tanpa bolos kedua terpanjang mereka selepas musim 1955 dan pasukan bimbingan Allegri berkenaan menamatkan penantian itu dengan kemenangan keempat berturut-turut mereka dalam kesemua kejohanan.

Rekod kemenangan itu telah menamatkan permulaan buruk Juve musim ini dan Allegri berpendapat ia dipacu oleh keinginan pasukannya untuk kembali bertahan.


"Selepas tugasan antarabangsa, kami menemui semula keinginan untuk bertahan dan kami perlu bertahan dan menyerang apabila kami perlu menyerang," katanya kepada DAZN selepas perlawanan itu.

"Ia pasti mengecewakan jika tidak memenangi perlawanan selepas memaparkan prestasi, di mana sewaktu babak pertama menentang Milan, saya berasakan ia adalah persembahan terbaik kami musim ini."
 

Advertisement

Must Watch Video