SERIE A

Juventus singkirkan Thiago Motta

Stadium Astro
Ariez Danysh
24/03/2025
07:22 MYT
Sponsor Banner
Juventus singkirkan Thiago Motta
Juventus memecat Thiago Motta dan melantik bekas pemain, Igor Tudor, sebagai pengurus baru selepas kelab gergasi kelab Italy itu tergelincir ke tangga kelima Serie A.
Pemecatannya hanya dimaklumkan melalui telefon ketika dia meluangkan masa bersama ahli keluarga di Portugal untuk berehat daripada tugas dan memberi ruang kepada perlawanan antarabangsa.
Beberapa minit selepas kenyataan itu dikeluarkan oleh Juventus di laman sosial, isteri kepada Motta iaitu Angela Lee Motta membuat satu hantaran di laman Instagram dengan memberi kata-kata semangat kepada suaminya dalam bahasa Portugis.
"Kekecewaan pada harini akan mengajar kita untuk lebih berusaha dan lebih bekerja keras pada masa hadapan. Kehidupan perlu diteruskan", ujarnya.
Thiago Motta dilantik menjadi Pengurus Juventus pada Jun tahun lalu selepas cemerlang membawa kelab Bologna ke kelayakan Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, dia gagal memberi impak yang besar buat Juventus setibanya di kelab itu.
Tudor akan menggalas tugas sehingga penghujung musim ini dan Juventus akan melanjutkan kontraknya selama setahun jika dia Berjaya membawa Juventus ke pentas Liga Juara-Juara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video