Juventus mengumumkan bahawa perpindahan penjaga gol Itali, Mattia Perin, daripada Genoa telah selesai menerusi yuran berjumlah sekitar EUR15 juta (RM70 juta).
Pemain berusia 25 tahun itu yang mengawal gawang Itali ketika terikat seri 1-1 dengan Belanda pada Isnin lalu, menandatangani kontrak selama empat tahun, sekali gus bakal menjadi pengganti buat Gianluigi Buffon yang meninggalkan pasukan pada penghujung musim 2017/18.
Perin mula beraksi buat Genoa pada 2013 selepas dipinjamkan ke Padova dan Pescara sebelum itu. Dia melakukan 150 penampilan bersama Genoa tetapi akhirnya menyertai pasukan bimbingan Massimiliano Allegri itu yang bakal memulakan proses untuk meraih kejuaraan Serie A kelapan berturut-turut.
Perin akan bersaing dengan Wojciech Szczesny untuk merebut status penjaga gol utama Juve dan dia bersedia menyahut cabaran itu.
"Saya memiliki keinginan tinggi, datang ke sini untuk mendapatkan pengalaman yang berharga tetapi diharapkan agar saya dapat membantu pasukan dan memberikan sumbangan," katanya kepada laman web pasukan.
"Pihak kelab menunjukkan minat yang tinggi dan telah menghubungi ejen saya, membuatkan saya tidak mampu menolak mereka.
"Peluang sebegini selalunya akan berlaku hanya sekali dalam hidup dan saya tidak boleh mengatakan tidak kepada Juventus."