Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, mempersoalkan penalti yang 'meragukan' diberikan kepada Napoli dan mendakwa pasukannya dilayan secara berbeza berbanding kelab Serie A yang lain.
Lorenzo Insigne, meledak satu-satunya gol perlawanan menerusi sepakan penalti selepas Giorgio Chiellini melakukan kekasaran terhadap Amir Rrahmani.
Ia merupakan satu daripada dua percubaan tepat ke sasaran Napoli ketika menang 1-0 di Estadio Diego Armando Maradona, berbanding enam yang dilakukan Juve -- lima daripadanya terhasil dala separuh masa kedua.
Dan Pirlo, yang menyaksikan Juve tewas buat kali kedua dalam lima aksi liga kini keciciran mata dalam perebutan Scudetto, berasakan pasukannya dilayan secara berbeza.
"Mereka hampir tidak mendapat percubaan tepat ke sasaran dan kami kalah melalui keputusan yang meragukan," katanya kepada Sky Sport Italia. "Kami bermain dengan baik tetapi tidak mendapat keputusan yang sepatutnya.
"Kami tidak cukup pantas, membenarkan Napoli untuk kembali bertahan Kami menghasilkan lebih banyak peluang dalam separuh masa kedua namun gagal menemui gawang."
"Jika anda memberikan penalti untuk insiden itu bermakna sebarang sentuhan dalam kotak penalti perlu diberikan hukuman.
"Jika ia diberikan kepada Juventus, akan timbul kontroversi dan kritikan, walaupun saya tidak tahu adakah kami akan diberi penalti dalam situasi seperti ini."
Juventus meraih lima penalti dalam saingan Serie A musim ini, seiring dengan Roma dan Sassuolo dan hanya di belakang Milan, yang meraih 14.

FT | ⏱ | Not our night in Naples.#NapoliJuve #FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/5pveW3iSJp
— JuventusFC (@juventusfcen) February 13, 2021