Skip to main content

Bola Sepak

Juventus belasah Frosinone untuk ke separuh akhir Piala Itali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

header-juve.png
Seperti dijangka, The Old Lady berjaya teruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Coppa Italia selepas benam Frosinone empat gol tanpa balas.

Ini hasil daripada kecemerlangan penyerang berbisa Poland, Arkadiusz Milik yang jaringkan hatrik dalam hanya 50 minit masa permainan.

11 minit selepas itu, penyerang muda Turkiye kelahiran Jerman berjaya mendapatkan gol ketiganya musim ini.

Tiada tambahan jaringan selepas itu sekaligus Juventus bakal berdepan Lazio dalam aksi separuh akhir pada 3 April nanti.

 

Kemaraan Juventus ini menjadikan mereka muncul sebagai kelab terbanyak ke separuh akhir iaitu 36 kali dengan 77 penampilan.

Advertisement

Must Watch Video