Skip to main content

Bola Sepak

Juve tanpa Mandzukic, Howedes hadapi Napoli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mandzukic-011217.jpg
Mario Mandzukic dan Benedikt Howedes tersisih daripada Juventus untuk pertembungan Serie A dengan Napoli, awal pagi esok. 

Kedua-duanya ditimpa kecederaan semasa sesi latihan semalam dan akan terlepas aksi di San Paolo.  

"Khidmat Mario Mandzukic tidak dapat digunakan akibat kecederaan otot betis di kaki kirinya sementara Benedikt Howedes tercedera otot paha kanannya dalam sesi latihan hari ini," menurut satu kenyataan Juve dalam laman sosial rasmi mereka. 

Penyerang, Gonzalo Higuain, turut tersenarai biarpun ketua jurulatih, Massimiliano Allegri, enggan tergesa-gesa untuk menurunkannya selepas pembedahan tangan.

Juan Cuadrado dan Federico Bernardeschi juga dalam keraguan, namun kedua-duanya telah dimasukkan dalam senarai skuad 21 pemain.

Juara Serie A, Juve, ketinggalan empat mata di belakang Napoli yang berada di puncak dan belum pernah ditumbangkan dalam liga musim ini.

Advertisement

Must Watch Video