Andrea Pirlo mengakui bahawa Juventus 'sedikit marah' selepas gagal menewaskan Atalanta tetapi berada dalam keadaan fizikal terbaik menjelang perlawanan dengan Parma dalam Serie A awal pagi esok.
Skuad Bianconeri itu secara mengecewakan terikat 1-1 dengan Atalanta selepas gol pembukaan Federico Chiesa dipadamkan Remo Freuler di Stadium Allianz, Rabu lalu.
Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala Alvaro Morata terlepas peluang berharga di depan gawang untuk Juve kekal ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Serie A, AC Milan.
Barcakap dalam laman web rasmi Juventus, ketua jurulatih, Pirlo, berkata: "Kami sedikit marah kerana kami bermain dengan baik ketika berdepan pasukan yang amat baik.
"Terdapat penyesalan kerana kami tidak memanfaatkan banyak peluang yang dicipta dan kami tidak dapat membawa pulang tiga mata."
Keputusan seri itu menamatkan rekod empat kemenangan berturut-turut Juve dalam kesemua kejohanan tetapi mereka kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 11 perlawanan.
Perlawanan menentang Parma merupakan yang keenam daripada keseluruhan tujuh sepanjang bulan ini dan kedua terakhir sebelum waktu rehat pertengahan musim.
Di sebalik jadual padat itu, Pirlo yakin dengan status fizikal pasukannya.
"Kami baik daripada segi fizikal dan kami membuktikan ketika malam berdepan Atalanta.
"Kami bermain lebih kurang dalam tahap yang sama dan sebenarnya ketika ini, kami lebih kuat secara fizikal.
"Saya tidak gusar dengan aspek itu tetapi apabila anda beraksi setiap tiga hari, anda perlu cepat pulih," katanya lagi.

?⚪️⚫️ ?????????? ????? for #ParmaJuve!#FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/hdNqeFSTBF
— JuventusFC (@juventusfcen) December 18, 2020