Sancho menyertai Manchester United dari Dortmund dengan harga EURO85 juta (RM431 juta) Ogos 2021 namun gagal mengekalkan tempat tetap dan kembali ke Jerman selepas terlibat dalam perbalahan dengan pengurus pasukan, Erik ten Hag.
Selepas menghadirkan permainan yang cukup mengagumkan ketika menentang PSG, Terzic berkata dia sentiasa melihat kualiti Sancho dalam latihan.
"Mungkin tidak begitu mudah untuk membawanya ke padang, terutamanya apabila anda tidak hilang rentak," katanya.
"Kami mengetahui kualitinya, dan kami melihatnya sekali lagi hari ini. Kami tahu kami memerlukan persembahan seperti itu daripada Jadon."
12 - Dortmund’s Jadon Sancho has completed 12 dribbles tonight against PSG, the most by a player in a Champions League semi-final since Barcelona’s Lionel Messi in April 2008 against Manchester United (16). Artist. #BVBPSG @Sanchooo10 pic.twitter.com/dFQNg58COt
— OptaFranz (@OptaFranz) May 1, 2024
Dortmund bakal berkunjung ke Parc des Princes bagi aksi timbal balik 8 Mei ini, dengan misi kembali ke pentas final buat kali pertama sejak 2013 sementara Sancho dilihat sebagai pemain di bawah kontrak bersama Manchester United ke perlawanan akhir sejak 12 tahun yang lalu.