Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih Australia optimis pasukannya cipta kejutan dalam final Kejohanan AFF B-19

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

240916ufuktalay.png
Thailand sekali lagi menjadi pilihan untuk muncul juara Kejohanan AFF B-19 tahun, namun Australia berazam mahu mencipta kejutan selepas cemerlang menyingkirkan tuan rumah, Vietnam.

Tidak tewas dalam sebarang aksi di peringkat kumpulan, Thailand nyata begitu unggul dalam saingan AFF kali ini.

Tambahan, kejayaan mereka membelasah Australia 5-1 dalam saingan peringkat kumpulan, menguatkan lagi kemungkinan Thailand akan muncul selaku juara buat kali kelima.

Namun, prestasi mereka dalam separuh akhir menimbulkan sedikit persoalan apabila memerlukan jaringan pada minit akhir perlawanan untuk menang 2-1 ke atas Timor Leste.

Kebanyakan pemain Thailand dilihat sedikit bergelut, dengan masalah kecergasan yang memperlihatkan mereka hampir dikejutkan Timor Leste.

Sebaliknya, Australia pula mempamerkan aksi menakjubkan apabila memalukan Vietnam dengan kemenangan 5-2.

Beberapa pemain Australia, terutama ketua pasukan, George Henry Blackwood, dan Mario Shabow, dijangka akan memberi banyak masalah kepada pertahanan Thailand.

Menurut jurulatih Australia, Ufuk Talay, mereka sudah bersedia untuk membalas dendam di atas kekalahan di peringkat kumpulan tempoh hari.

"Kami akan bermain dengan cara kami. Saya sangat teruja apabila kami akan berdepan semula dengan Thailand yang mana saya anggap mereka adalah lawan yang berkualiti. Ini adalah peluang untuk kami buktikan," jelas Talay.

Advertisement

Must Watch Video