Ivan Juric akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton sehari selepas The Saints sah tersingkir daripada saingan EPL selepas kelab bimbinganya itu tewas 1-3 kepada Tottenham Hotspur.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan kelab tersebut, tindakan itu terpaksa dilakukan selepas prestasi buruk Southampton dalam kancah liga tersohor dunia gagal diubah oleh Juric hingga menyaksikan kelab itu mengalami penyingkiran terpantas dalam sejarah liga walau masih berbaki tujuh perlawanan.
"Kelab mengesahkan bahawa hari ini kami telah mencapai persetujuan dengan pengurus pasukan utama lelaki kami, Ivan Juric, untuk menamatkan tempoh beliau bersama Southampton.
"Ivan datang ke Southampton pada masa yang sukar dan ditugaskan untuk cuba memperbaiki skuad dalam situasi yang mencabar. Malangnya, kami tidak melihat prestasi berkembang seperti yang kami harapkan."Jelas kenyataan tersebut.
Juric hanya memenangi dua daripada 16 perlawanan dikendalikannya dalam semua pertandingan dan meraih empat mata di liga ketika Southampton berada di kedudukan terbawah dengan 10 mata.
Menurut kenyataan itu lagi buat masa ini Simon Rusk akan mengambil alih sebagai pengendali sementara Southampton.
Juric, yang dilantik dengan kontrak 18 bulan, sebelum itu memberitahu beliau bersedia untuk membantu kelab kembali semula ke liga utama, selepas mengharungi 108 hari bersama Saints.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM