Skip to main content

Bola Sepak

Jurgen Klopp tutup TV kerana kecewa dengan penyokong Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurgen-klopp.jpg
Jurgen Kopp meluahkan kekecewaannya dengan penyokong Liverpool yang mengejek Trent Alexander-Arnold selepas pertahanan itu mengumumkan akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Alexander-Arnold diejek oleh beberapa peminat selepas diperkenalkan daripada bangku simpanan ketika Liverpool seri 2-2 dengan Arsenal hujung minggu lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas ini dan menurut sumber, kelab Sepanyol itu mahukan bek kanan itu menyertai mereka bagi mengharungi kempen Piala Dunia Kelab pertengahan bulan depan. 

Begitupun, Klopp -- yang pernah mengendalikan Alexander-Arnold sebelum meletak jawatan pada musim panas lalu, telah mengkritik reaksi penyokong di Anfield itu. 


"Saya tidak mahu menyuruh sesiapa pun tentang apa yang mereka patut fikirkan atau perlu fikirkan, tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa apa yang anda fikirkan adalah salah," katanya ketika muncul sebagai penceramah jemputan di Gala Ball Yayasan LFC malam tadi. 

"Saya tidak beritahu anda supaya jangan kecewa, jangan marah, saya cuma berpesan (agar anda jangan lupa jasanya buat kelab ini). Kelab ini tidak lupa.

"Saya menonton perlawanan itu ketika dia dimasukkan dan saya mendengar ejekan itu," tambahnya sambil mengangkat jersi tertera nama Alexander-Arnold . 

"Saya sudah tua jadi saya fikir ia mungkin tentang masalah pendengaran, jadi saya menaikkan bunyi TV dan ejekan itu sekali lagi berkumandang. Saya memerlukan 10 saat untuk menyedarinya lalu saya mematikan TV.




"Sejujurnya saya sangat kecewa pada ketika ini. Ini bukan kami (cara Liverpool), 100 peratus bukan kami.

"Setiap hari dia mencurahkan segala-galanya demi lencana ini. Sekarang dia memutuskan untuk pergi ke tempat lain selepas 20 tahun. Jika seseorang harus marah tentang hal ini, ia patut pemiliknya tetapi mereka sebaliknya."


Dia mengulangi kenyataan yang dibuat oleh bintang The Reds, Mohamed Salah, yang meminta Alexander-Arnold diberikan sambutan perpisahan dalam menentang Crystal Palace di laman sendiri. malam esok. 

"Saya terkejut kerana ia bukan cara kami bertindak balas sebagai penyokong Liverpool," katanya kepada Sky Sports. "Kami tidak sepatutnya bertindak sebegini dengan sesiapa. Kami sentiasa menghargai orang yang datang ke sini, walaupun selama enam bulan.

"Bayangkan seseorang yang telah memberikan segalanya selama 20 tahun. Ia tidak sepatutnya seperti ini dan saya harap ia akan berubah... kerana dia berhak mendapat perpisahan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video