Jurgen Klopp tetap tidak puas hati jadual Piala Dunia Qatar
Shaiful Shamsudin
Ogos 5, 2022 04:32 MYT
Ogos 5, 2022 04:32 MYT
Jurgen Klopp menyamakan beban pemain bola sepak umpama krisis perubahan iklim ketika pengurus Liverpool itu menyerang kuasa broker berikutan enggan mengambil tindakan.
Bercakap dalam sidang akhbar menjelang perlawanan pembukaan pasukannya bagi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL), Klopp menyindir penganjuran Piala Dunia di pertengahan musim yang makin hampir.
Dia akan membawa anak buahnya bertandang ke London bertemu Fulham, malam ini, tetapi Klopp sedar bakal kehilangan ramai bintang terkemukanya pada November depan apabila mereka pergi ke Qatar untuk mewakili negara masing-masing.
Klopp berang kerana kejohanan sebegitu boleh menyekat hajat besar The Reds untuk mengharungi jadual padat tetapi baginya, tiada siapa yang peduli tentang aduan dan kebimbangannya.
"Ia tidak OK," katanya.
"Ia sudah lama diputuskan dengan ada pihak yang berpendapat ia (tarikh penganjurannya) telah diambil kira.
“Saya tidak marah langsung sebelum saya masuk (ke sidang akbar ini) tetapi sebaik kita mula bercakap mengenainya, saya benar-benar marah.
Plenty of memorable goals in here ? Enjoy every opening day strike under the boss ⚽️ pic.twitter.com/ojgTbZfodq
— Liverpool FC (@LFC) August 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masalahnya semua orang tahu ia tidak betul, tiada siapa yang menyuarakannya dengan lantang dengan harapan ia boleh diubah.
"Anda tidak boleh mempunyai pemain kelas tinggi dan sentiasa menonton mereka dan berfikir 'Ya Tuhanku, betapa hebatnya mereka'. Ia tidak berfungsi sebegitu.
"Ia seperti iklim. Kita semua tahu kita perlu berubah tetapi tiada siapa yang berkata, 'Apa yang patut kita lakukan?'"