Jurgen Klopp: Liverpool kena elak kesilapan berulang di Old Trafford

Shaiful Shamsudin
April 6, 2024 08:03 MYT
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menuju ke Old Trafford sambil menyedari anak buahnya perlu memperbetulkan kesilapan kekalahan Piala FA bulan lalu, malah perlu mengelak daripada kerugian mata menyebabkan mereka kehilangan kejuaraan, lima tahun lalu.
Dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka dengan Manchester City, The Reds memenangi 10 daripada 12 perlawanan terakhir tetapi seri di Manchester United dan Everton yang menyaksikan mereka menduduki tempat kedua dengan jurang satu mata dengan catatan rekod sebagai naib juara menerusi 97 mata.
Klopp hanya menang dua kali dan seri empat kali dalam 10 kunjungan ke laman musuh ketat mereka itu tetapi situasi ini harus berubah sekiranya mereka berharsat mengekalkan penguasaan di puncak liga.
Tiga minggu lalu, usaha mereka untuk empat meraih empat gelaran berkecai dengan gol pada minit terakhir masa tambahan dan ia menjadi satu-satunya kekalahan mereka dalam berdozen perlawanan terakhir.
“Kami benar-benar bagus pada hari itu tetapi kami tidak membunuh perlawanan,” begitu penilaian Klopp ketika pasukannya kelihatan buntu dalam 30 minit tambahan.
“Masa tambahan adalah terlalu panjang untuk kami dan kami tidak dapat mengelak kesilapan seperti dalam waktu sebenar.
“Ia adalah hari kami tidak dapat mengawalnya lagi, United mengubah permainan dan United merupakan pasukan handalan ketika beraksi di tempat sendiri, namun kami perlu lakukan apa yang kami lakukan dari minit ke-15 hingga 70 ke atas.
“Bola sepak bukan semudah itu. Kami perlu mencari jalan untuk mencetuskan masalah buat United. Mereka akan mencuba perkara yang sama.
“Menentang lawan seperti ini, di stadium ini, lebih baik memperagakan permainan yang sangat bagus andai kami menagih sesuatu daripadanya.”
#Liverpool #EPL
;