Bekas pengurus pasukan liverpool, Jurgen Klopp, bakal mengejutkan arena bola sepak selepas dilantik menjadi ketua bola sepak global bersama Red Bull, jenama minuman bertenaga terkenal di serata dunia.
Sebagai rekod, klopp bakal menggalas tanggungjawab mengurus pasukan yang bernaung di bawah syarikat tersebut seperti RB Leipzig, RB Salzburg dan New York Red Bulls.
Walaupun Klopp tidak akan mengambil bahagian dalam operasi harian pasukan, bekas jurulatih berusia 57 tahun itu akan menasihati serta menurunkan ilmu strategi bola sepak kepada pasukan-pasukan berkenaan.
Oliver Mintzlaff selaku Ketua Pegawai Eksekutif projek korporat dan pelaburan syarikat terkemuka itu mengakui dia mempunyai pengaruh yang besar di dalam dunia bola sepak dan akan menjadi 'game-changer' buat penglibatan pasukan Red Bull dalam bola sepak antarabangsa seiring dengan pembangunan pasukan.
Adli Aidy
Thu Oct 10 2024