Skip to main content

Bola Sepak

Jurgen Klopp kagum Caoimhin Kelleher tampil aksi cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_75319578.jpg
Jurgen Klopp menekankan kepentingan Caoimhin Kelleher untuk memburu trofi Liverpool dengan ketiadaan penjaga gol pilihan utama Alisson ekoran kecederaan.

Pemain antarabangsa Republik Ireland itu beraksi cemerlang dalam kemenangan 4-1 Sabtu di Brentford yang memastikan The Reds kekal di puncak Liga Perdana Inggeris.

Ia adalah permulaan kedua berturut-turut, dengan Alisson terlepas dua perlawanan terakhir -- pertama kerana masalah kesihatan dan kemudian kecederaan otot.

<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">A solid display from Kelleher yesterday ? <a href="https://t.co/vJ9aCl1ybb">pic.twitter.com/vJ9aCl1ybb</a></p>&mdash; Liverpool FC (@LFC) <a href="https://twitter.com/LFC/status/1759197320829157628?ref_src=twsrc%5Etfw">February 18, 2024</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Dengan 14 penampilan setakat ini dalam semua pertandingan, ini merupakan musim paling sibuk pemain berusia 25 tahun itu di Anfield, mengatasi lapan perlawanan terbaiknya sebelum ini pada 2021/22.

Kelleher bersedia untuk bermain dalam perlawanan akhir Piala Carabao hujung minggu depan menentang Chelsea di Wembley setelah dipilih dalam setiap lima perlawanan pasukan dalam pertandingan itu.

“Dia beraksi cemerlang (menentang Brentford),” kata Klopp.

“Saya tidak tahu siapa pemain nombor satu untuk Ireland tetapi Kelleher seorang pemain yang cukup berkualiti. Tahun ini kami memberinya lebih banyak perlawanan berbanding sebelum ini.

“Kami perlukan dia. Ketiadaan Alisson menyaksikan Kelleher tampil dengan aksi luar biasa untuk pasukan. (Pada hari Sabtu) dia mempamerkan persembahan bertaraf A+.”
 

Advertisement

Must Watch Video