Pertemuan menentang pasukan handalan Asia tetap menjadi satu keperluan buat skuad Harimau Malaya walaupun hanya berdepan Laos untuk dua aksi Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027, Oktober depan.
Pandangan itu disuarakan bekas pertahanan negara, Razman Roslan, berikutan anak buah Peter Cklamovksi dikhabarkan menyertai Kejohanan Piala Negara-Negara CAFA 2025 sebagai pasukan jemputan, Ogos depan.
"Mungkin ada yang beranggapan pertemuan dengan Laos boleh dianggap agak mudah selepas kemenangan ke atas Vietnam.
"Kita perlu lihat jauh ke depan kerana Harimau Malaya akan bertemu pasukan yang lebih baik.
"Mengapa tidak skuad negara membuat persiapan awal untuk menghadapi Piala Asia.
"Kita harus puji dan beri sokongan kepada usaha FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) ini," kata juara Piala AFF 2010 itu.
Peluang menentang gergasi Asia dianggap amat bermakna buat Harimau Malaya yang kini giat membina skuad ampuh untuk misi layak ke Piala Asia 2027.
Selain Iran dan Uzbekistan, pasukan lain yang dijangka yang mengambil bahagian terdiri daripada Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Afghanistan dan satu lagi pasukan jemputan iaitu Oman.
Andai menjadi kenyataan, ia medan terbaik buat skuad kebangsaan menguji kekuatan sebenar selepas menewaskan Nepal dan Vietnam serta mencatat keputusan seri bertemu pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde.
"Satu pendedahan yang sangat baik untuk skuad kebangsaan bagi meneruskan aksi dalam kelayakan Piala Asia.
"Pasukan besar akan melihat kebangkitan negara dan ia akan menjadi satu motivasi tambahan kepada skuad kebangsaan apabila dapat beraksi dengan pasukan yang di ranking lebih baik.
"Mungkin pasukan dapat memperbaiki kelemahan dan meneruskan persembahan dalam perlawanan akan datang," katanya lagi.