Skip to main content

Bola Sepak

Julen Lopetegui pengurus baharu Wolves

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lopetegui.jpg
Wolves mengesahkan pelantikan Julen Lopetegui sebagai pengurus baharu bagi menamatkan pencarian mereka untuk menggantikan Bruno Lage.

Lage dipecat pada awal bulan lalu berikutan kekalahan kepada West Ham dan sejak itu sekadar mengutip empat mata daripada lima perlawanan untuk menduduki tangga kedua terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Lopetegui dipecat oleh Sevilla bulan lalu selepas lebih tiga tahun membimbing kelab yang berpangkalan di Andalusia itu termasuk kejayaan menjulang Liga Europa pada 2020.

Walaupun dilaporkan bekas jurulatih Real Madrid dan Sepanyol itu menolak tawaran awal Wolves, petang tadi dia diumumkan sebagai pengendali baru tetapi hanya akan mula bertugas pada 14 November, ini bermakna dia perlu menunggu selepas Piala Dunia Qatar untuk perlawanan pertamanya sebagai pengurus apabila bakal menentang Everton dalam 'Boxing Day'.

 
 

Advertisement

Must Watch Video