Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham, mengalami kecederaan otot dalam latihan pasukan semalam, kelab itu mengesahkan.
Menerusi sumber ESPN, Bellingham sepatutnya berehat sehingga pertengahan September, selepas rehat antarabangsa.
Dalam instagram, pemain antarabangsa England itu meluahkan kekecewaan kerana terlepas perlawanan yang mendatang bersama kelab dan negaranya.
“Tiada apa yang saya benci lebih daripada terlepas perlawanan namun cuba melihat sisi positif dan mungkin badan saya memberitahu saya ia memerlukan lebih banyak rehat selepas musim yang padat,” katanya.
"Saya sangat kecewa tetapi saya akan menyokong pemain seperti peminat sehingga saya boleh menyertai mereka semula dalam bentuk terbaik dan terkuat saya. Terima kasih atas mesej keprihatinan dan sokongan anda. Terima kasih dan Hala Madrid!"
Bellingham menjaringkan 19 gol liga untuk Madrid musim lalu, dan memberikan persembahan pemain terbaik perlawanan dalam kemenangan trofi pertama mereka kempen ini, menewaskan Atalanta dalam Piala Super UEFA minggu lalu.