Skip to main content

Bola Sepak

Juara Piala Dunia Wanita enggan turun padang selagi Luis Rubiales kekal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jenni-hermoso.jpg
Jenni Hermoso menuduh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengamalkan "budaya manipulatif, bermusuhan dan mengongkong", malah juara Piala Dunia Wanita itu bertekad melancarkan mogok seandainya presiden badan induk negara berkenaan, Luis Rubiales, masih kekal.

Seramai 81 pemain menandatangani surat untuk menyatakan bahawa mereka tidak akan menyahut panggilan skuad kebangsaan sekiranya Rubiales masih berdegil untuk melepaskan jawatannya berikutan kontroversi mencium Hermoso -- yang menegaskan dia tidak bersetuju  dengan tindakan itu -- susulan kemenangan final ke atas England, hujung minggu lalu. 

Rubiales menjelaskan ia berlaku "secara spontan, sepakat, teruja dan tidak melibatkan nafsu" tetapi Hermoso yang sebelum ini menafikan telah memandang rendah insiden itu dengan menyatakan persekutuan membuat penjelasan palsu sambil membidas organisasi berkenaan secara menyeluruh dalam satu kenyataan panjang lebar di Twitter.
 


"Saya perlu menyatakan bahawa saya secara berterusan telah ditekan supaya mengeluarkan kenyataan yang boleh 'menghalalkan' tindakan Encik Luis Rubiales," katanya. 

“Bukan itu sahaja, malah dengan cara yang berbeza dan melalui orang yang berbeza, RFEF telah menekan mereka di sekeliling saya (keluarga, rakan, rakan sekerja) agar memberikan keterangan yang tiada kaitan dengan perasaan saya."

Antara lain katanya: "Saya sama sekali tidak akn bertoleransi dengan sikap sebegini." 


 

Advertisement

Must Watch Video