Selepas pasukan bola sepak wanita Sabah, giliran Kelana United menjadi sandaran utama mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia Wanita (AWCL).
Kelana United dipilih menggalas harapan Malaysia selaku wakil tunggal dalam pusingan kelayakan kejohanan berprestij itu susulan menjuarai Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu.
Sebagai tuan rumah dalam Kumpulan C, Kelana United bakal menghadapi cabaran jaguh terkemuka Singapura, Lion City Sailors (LCS), selain kelab Jordan dan Kyrgyzstan, Etihad Club dan Sdyushor SI-Asiagoal.
Untuk makluman, hanya juara kumpulan sahaja yang akan layak ke pusingan akhir AWCL dan akan bertemu tujuh lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat di pentas tertinggi Asia itu.