Skip to main content

Bola Sepak

Juara Liga Super bakal terima RM2.4 juta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liga-super.jpg
Wang tunai berjumlah RM2.4 juta menanti pemenang Liga Super musim ini.

Itu ketetapan Malaysia Football League (MFL) menerusi sistem pengagihan pendapatan yang buat kali pertama diperkenalkan badan pentadbir Liga Malaysia itu.

Pengenalan sistem agihan itu turut membolehkan enam kelab teratas tidak termasuk juara, meraih lebih RM1 juta sementara pasukan tercorot tetap membawa hadiah kemenangan berjumlah RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada musim lepas.

Sistem pengagihan kepada 14 kelab Liga Super itu bakal menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus berbanding jumlah 'distrubition pool' pada 2022.

"Sistem agihan pendapatan berdasarkan merit ini sudah dibentangkan kepada rakan kongsi liga dalam pertemuan bersama kesemua CEO kelab Liga-M pada 15 Februari lepas. Sistem ini dilihat lebih adil buat kelab-kelab yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang musim Liga-M 2023.

"Pembentangan yang dibuat mendapat reaksi cukup baik dan mereka menerima cadangan agihan pendapatan berdasarkan merit untuk diperkenalkan tahun ini,” katanya dalam kenyataan MFL hari ini.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video