EPL
Juanma Lillo tidak seronok kemudi Manchester City
SHEFFIELD UNITED 1 MAN CITY 2
Penolong jurulatih, Juanma Lillo, dia tidak seronok untuk menggantikan Pep Guardiola selepas kemenangan sukar 2-1 Manchester City di Sheffield United.
Guardiola menyaksikan anak buahnya melanjutkan permulaan cemerlang mereka untuk mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi dari Barcelona, di mana dia sedang menjalani pemulihan pembedahan belakang.
Iklan
City mempamerkan aksi dominan di Bramall Lane yang habis dijual tetapi hampir kehilangan dua mata apabila pemain gantian Blades, Jayden Bogle, merembat gol penyamaan pada minit ke-85.
Bogle membatalkan tandukan Erling Haaland dalam separuh masa kedua dan penyerang Norway itu terlepas sepakan penalti sebelum rehat sebelum Rodri menyelamatkan City dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-88.
Ketika ditanya adakah dia seronok mengambil alih tugas ketika ketiadaan Guardiola, Lillo berkata: “Tidak sama sekali. Saya lebih suka jika kelibat Pep ada.
"Terutama apabila ia adalah soal kesihatan, saya sama sekali tidak menikmati pengalaman ini. Kami merindui kehadirannya ketika ini lebih daripada sebelumnya.
“Saya tidak bercakap dengannya selepas perlawanan. Dalam perlawanan saya ada bercakap dengannya pada beberapa ketika tetapi secara amnya dia kerap bercakap dengan anggota kakitangan teknikal yang lain.
"Tetapi hari ini kehadirannya benar-benar dirasai."
Must-Watch Video