Bekas pertahanan Atletico Madrid, Juanfran, menandatangani kontrak dengan Sao Paulo, hanya dua hari selepas Dani Alves menyertai kelab Brazil itu.
Juanfran menikmati tempoh gemilang selama lapan tahun di Atletico apabila menjadi pemain kegemaran dalam satu tempoh terbaik sejarah kelab itu.
Pemain berusia 34 tahun itu ditawarkan perjanjian baru dengan Atletico setelah menandatangani lanjutan kontrak setahun, tahun lalu, namun kali ini dia memilih untuk beralih angin setelah kehilangan tempat utama di Wanda Metropolitano.
Dia menuju ke Brazil dalam satu langkah yang mengejutkan untuk menyertai seorang lagi pertahanan kanan dan bekas tonggak Barcelona, Alves, di Sao Paulo.
Alves menandatangani kontrak sehingga Disember 2022 manakala Juanfran sehingga akhir tahun 2020.