Skip to main content

Bola Sepak

Juan Muniz ucap selamat tinggal kepada JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muniz.jpg
Pemain tengah Sepanyol, Juan Muñiz secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tiga musim yang berjaya bersama kelab tersebut.

Muñiz, 32, menyertai JDT pada 2022 dari kelab Greece, Atromitos dan sejak itu telah membuat 42 penampilan serta menjaringkan 15 gol untuk skuad Harimau Selatan.

Sepanjang tempoh itu, beliau dikenali sebagai watak penting dalam jentera tengah JDT dengan keupayaan teknikal tinggi, visi permainan tajam serta kemahiran sepakan percuma yang berbahaya.

Kehadirannya membantu JDT mengekalkan penguasaan dalam saingan bola sepak tempatan.

Dalam ucapan perpisahannya, Muñiz turut menzahirkan penghargaan kepada pemilik kelab merangkap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Pengarah Sukan, Kiko Insa atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih juga kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan semua penyokong kerana menjadikan perjalanan ini sangat istimewa,” katanya.

Setakat ini, destinasi seterusnya belum diumumkan, namun pemain berpengalaman itu dijangka terus menarik minat dari kelab di rantau Asia dan Eropah.-Awani

Advertisement

Must Watch Video