SERIE A
Juan Cuadrado gembira peluang wakili Inter Milan
Inter Milan mengumumkan bekas pemain sayap Juventus, Juan Cuadrado, akan membarisi mereka musim depan.
Pemain berusia 35 tahun itu memilih Inter dengan kontrak setahun selepas tiba di San Siro secara percuma sebaik perjanjiannya di kelab Old Lady berkenaan tamat yang menyaksikannya menjulang 11 trofi dalam tempoh lapan tahun.
Cuadrado juga pernah beraksi di Itali bersama Udinese, Lecce dan Fiorentina dan berpindah ke Juve pada 2017 secara kekal selepas dipinjamkan selama dua tahun daripada Chelsea.
Iklan
“Saya gembira dan ingin berterima kasih kepada Tuhan atas peluang ini. Bagi saya, ia adalah satu penghormatan untuk berada di salah sebuah pasukan terbesar di Eropah.
"Saya gembira,” katanya di laman sesawang Inter.
— Inter (@Inter_en) July 19, 2023
“Saya mempunyai banyak tawaran tetapi Itali adalah rumah kedua bagi saya. Keluarga saya sangat selesa di negara ini, apatah lagi berpeluang untuk tinggal di sini dan bermain untuk pasukan besar dengan sejarah yang hebat.
“Saya memilih Inter kerana kita semua tahu apa yang mereka wakili di peringkat global. Yang penting saya dan keluarga berasa baik.
"Kami mempunyai peluang untuk kekal di tempat yang bagi kami adalah seperti kampung halaman sendiri. Ia pasti menjadi pilihan terbaik.”
Must-Watch Video