Skip to main content

Bola Sepak

Jovic sudah sedia cipta impak untuk Los Blancos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lukajovic.jpg
Luka Jovic berkata dia sedia menampilkan permainan terbaik untuk Real Madrid berikutan permulaan perlahan di Santiago Bernabeu.

Jovic meledak 27 gol musim lalu dan masih lagi menyesuaikan diri dengan Real selepas berhijrah daripada kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt, sebelum musim 2019-20 bermula.

Kecederaan yang dialami ketika pramusim merencatkan perkembangan Jovic bersama Los Blancos manakala pemain kebangsaan Serbia itu gagal meledak jaringan selepas tiga perlawanan.

Jovic, bagaimanapun, membantu pasukan dengan melakukan bantuan jaringan buat Gareth Bale ketika seri 2-2 dengan Villarreal.

"Selepas pramusim, segalanya bermula dengan baik untuk saya.

"Saya mengalami kecederaan dan ia membantutkan persediaan saya menghadapi musim baru.

"Bukan mudah untuk mendapatkan sentuhan bersama pasukan baru tetapi saya telah cuba sebaik mungkin."

Jovic bakal turun beraksi bersama Serbia berdepan Portugal bagi kelayakan Euro 2020 di Belgrade.

Menerima kehadiran bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, yang mengetuai pasukan lawan, Jovic yakin Serbia akan berusaha untuk mencipta keputusan yang positif.

"Apa yang saya ketahui, kami bermain 11 lawan 11. Serbia bukan sahaja berdepan Ronaldo," tambah Jovic.

"Dia merupakan salah seorang pemain terbaik dunia tetapi ramai lagi pemain yang mampu menghadirkan masalah kepada pasukan. Kami perlu kekalkan tumpuan untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan."
 

Advertisement

Must Watch Video