Skip to main content

Bola Sepak

Joshua Kimmich tekankan kepentingan Bayern Munich tandatangani Harry Kane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Harry Kane kini menjaringkan tiga gol daripada dua perlawanan Bundesliga pertamanya untuk Bayern Munich selepas dua gol yang dilakar ketika menang 3-1 ke atas FC Augsburg di Allianz Arena.

Daripada sudut pandangan estetik, ia bukanlah kemenangan yang paling menarik buat Bayern kerana Augsburg mempamerkan corak permainan yang konsisten ketika bertahan, malah mencipta peluang sendiri pada separuh masa pertama sebelum Bayern memecah kebuntuan menerusi gol sendiri.

Bayern bagaimanapun berjaya memperoleh tiga mata, merupakan pulangan yang berjaya untuk Kane, menambah jumlah golnya dan mampu melakukannya tanpa terlalu banyak sentuhan secara keseluruhan sepanjang 90 minit waktu permainan.

Kehadirannya semata-mata sentiasa memberi ancaman untuk Bayern, walaupun berdepan ruang yang agak sempit di bahagian pertahanan lawan.

Selepas perlawanan itu, Joshua Kimmich memuji rakan sepasukan baharunya kerana cara dia berjaya menjaringkan dua gol; satu datang melalui sepakan penalti, dan satu lagi menerusi penyudah yang cukup mengagumkan.

“Dia melakukan [gol] kedua dengan sangat baik, gol yang hebat, jadi ia difikirkan dengan baik.

“Saya rasa itulah yang dia mahu, ia adalah kotak yang bagus, disediakan dengan baik oleh King dan Phonsi, sudah tentu,” ujar Kimmich.
 

Advertisement

Must Watch Video