Joshua Kimmich kembalikan tradisi pemain Bayern Munich ketuai Jerman
Sabrina Mustaffa
September 4, 2024 14:14 MYT
September 4, 2024 14:14 MYT
Joshua Kimmich sah dilantik mengambil alih tanggungjawab selaku kapten pasukan kebangsaan Jerman selepas persaraan Ilkay Gundogan.
sebelum ini, Kimmich pernah memakai lilitan kapten pasukan sebanyak 17 kali dalam lebih 90 penampilan antarabangsa.
Kimmich bakal dibantu Anthony Rudiger dan Kai Havertz, yang dinamakan sebagai penolong kapten, menjelang saingan Liga Negara-Negara Eropah (UEL).
Ia, sekali gus, menyaksikan Kimmich menyertai senarai nama pemain yang cukup luar biasa selaku kapten Jerman dan menjadi pemain Bayern Munich pertama memakai lilitan kapten sepenuh masa sejak Manuel Neuer.
Selain itu, juara lapan kali Bundesliga itu juga adalah pemain pertahanan pertama untuk bergelar kapten Jerman sejak Philipp Lahm.