Kapten Liverpool, Jordan Hnderson, melengkapkan perpindahan kontroversinya ke pasukan Arab Saudi, Al-Ettifaq, malam tadi.
Pemain berusia 33 tahun itu, yang mengirimkan satu ucapan perpisahan buat penyokong The Reds semalam, menamatkan ikatan selama 12 tahunnya di Anfield, di mana dia memenangi setiap trofi utama yang ditawarkan.
Liverpool akan menerima bayaran awal bernilai £12 juta (RM69.86 juta) daripada kelab Saudi Pro League itu, yang menulis dalam media sosial: "Seorang pemimpin. Seorang Pejuang. Kami amat teruja untuk memilikinya. Henderson kini ETTIFAQI."
Henderson dilihat menjalani latihan bersama rakan sepasukan barunya di kem latihan di Croatia menerusi satu video yang dikirimkan peminat di laman sosial, yang seakan-akan tidak menghormati Liverpool biarpun kiriman itu kemudian dipadamkan.
Liverpool dalam satu kenyataan hari ini berkata: "Dengan lembarannya di Anfield kini sudah ditutup, semua di kelab ini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas segala yang telah dilakukan Jordan sepanjang 12 tahun bersama The Reds."
Pemain kebangsaan England itu akan kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard, yang kini memegang jawatan sebagai pengurus Al-Ettifaq.

A leader ?? A warrior ⚔️
— Ettifaq Club (@Ettifaq_EN) July 27, 2023
We’re simply thrilled to have him ❤️?
Henderson is ETTIFAQI ?✨#HendersonEttifaqi pic.twitter.com/GIj8kggxtn