EPL
Jonny Evans berunding kekal di Manchester United
Manchester United terus dalam perbincangan untuk mengekalkan bekas pertahanan, Jonny Evans, sekalipun langkah Harry Maguire ke West Ham gagal.
Evans, 35, menyertai perjanjian jangka pendek bagi menampung perlawanan pra-musim United pada bulan lalu dan kontrak itu sudah pun tamat.
Erik ten telah mendedahkan perbincangan di antara kedua-dua pihak sedang berjalan.
Iklan
"Pada masa ini, dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan kami sedang berunding," kata pengurus The Red Devils, Erik Ten Hag.
"Kami sedang berbincang dan sebaik ada berita terbaru, kami akan kongsikan kepada semua.”
Usaha United untuk mendapatkan pemain antarabangsa Ireland Utara itu yang meninggalkan Old Trafford untuk berkelana ke West Brom pada 2015.
Bekas produk akademi United itu menjadi ejen bebas pada musim panas ini memandangkan tidak mahu menyambung kontraknya bersama Leicester.
Dalam masa sama, United menerima tawaran £30 juta (RM177.7j) daripada West Ham ke atas Maguire minggu lalu tetapi perpindahan itu terbantut berikutan hajat Maguire untuk berjuang merembut tempatnya.
Ten Hag memberi galakan kepada pemain berusia 30 tahun itu apabila ditanya apa yang perlu dilakukannya untuk kembali ke sisi.
"Saya gembira dia ada di sini, kami memerlukan skuad yang bagus," katanya.
"Kami mempunyai empat pertahanan tengah yang bagus dan jika termasuk Luke Shaw maka kami mempunyai lima calon.
"Dan kami memerlukannya kerana kami akan mengharungi 50-60 perlawanan musim ini. Semua pemain adalah pemain antarabangsa jadi kami mempunyai banyak beban untuk ditampung.
“Saya gembira Harry Maguire berada di sini. Dia perlu berjuang untuk kedudukannya seperti semua orang dalam skuad.
“Dia tahu apa yang saya harapkan daripadanya. Dia mempunyai kebolehan untuk melakukannya jadi sekarang dia perlu membuktikannya. Ia mengenai karakter untuk memainkan peranan itu dengan meyakinkan, dia mempunyai segala kebolehan untuk melakukannya.”
Must-Watch Video