Skip to main content

Bola Sepak

'John Terry ingat saya ni 'pro player' ke? Saya penyanyi je tau'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tomok.jpg
Penyanyi negara, Shah Indrawan Ismail atau turut dikenali sebagai Tomok, berkongsikan momen ketika kakinya dipijak legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), John Terry, baru-baru ini.

Kedua-dua mereka berentap dalam Zurich Liga 7X7 All Stars yang berlangsung di Stadium Cheras dengan pasukan Bangsa Bola yang dipimpin Terry, serta dibarisi bekas pemain Liga Super seperti Mahali Jasuli, Razman Roslan, Sean Selvaraj dan Sebastian Avanzini, muncul juara secara keseluruhan.

John Terry, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov mengetuai pasukan masing-masing berentap di satu pentas yang sama.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)



Dalam satu perkongsikan di laman Instagram, menyaksikan Tomok berkongsi: "Seni berat daripada John Terry, dia ingat saya ni pro player ke? Saya ini penyanyi je tau." katanya.

Begitupun, bekas pemain Chelsea itu berasa teruja dengan pengajuran kejohanan itu selain berharap pasukannya dapat mempertahankan gelara juara dalam edisi yang akan datang nanti. 

"Harap-harap ia akan ada lagi tahun depan dan kami boleh kembali ke sini untuk mempertahankan trofi kami.

"Amat baik untuk kembali ke sini kerana suasananya amat hebat. Chelsea kini juara dunia dan kami muncul juara di Malaysia." katanya.

Advertisement

Must Watch Video