Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan wujud campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak dalam peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden badan induk itu.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan, keputusan Mohd Joehari adalah atas kehendak peribadi beliau tanpa dipengaruhi pihak luar.
“Tak ada timbul campur tangan. Ini keputusan peribadi beliau. Sama ada mahu meneruskan atau meninggalkan jawatan, itu keputusan individu. Saya tidak boleh jawab kenapa dan apa alasan lain.
“Tetapi kalau kita tengok, tiada apa-apa yang luar biasa berlaku. Urusan di FAM tetap berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang media khas di Wisma FAM, Jumaat.-Awani