Skip to main content

Bola Sepak

Jodoh Tan Cheng Hoe bersama Police Tero berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan.jpg
Bekas pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, difahamkan tidak akan kekal bersama salah sebuah pasukan dari Thailand, Police Tero, selepas hanya tiga bulan menjawat jawatan sebagai jurulatih di pasukan itu. 

Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Police Tero tidak menawarkan sebarang pembaharuan kontrak kepada bekas jurulatih kebangsaan itu susulan kelab itu tersingkir ke liga divisyen kedua Thailand. 
 
Kini, status mengenai masa depan jurulatih berusia 56 tahun itu masih menjadi persoalan kemanakah hala tujunya selepas ini.

Sebagai rekod, Tan Cheng Hoe sekadar berjaya meraih dua kemenangan di sebalik mencatat enam kekalahan dan tiga seri dalam kesemua perlawanan Police Tero sekali gus menamatkan saingan di tangga kedua tercorot liga utama Thailand. 

Advertisement

Must Watch Video