Skip to main content

Bola Sepak

Jodoh Ralph Hasenhuttl bersama Southampton berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hasenhuttl.jpg
Southampton memecat Ralph Hasenhuttl berikutan kekalahan 1-4 kepada Newcastle United di St Mary's, semalam. 

Tekanan makin meningkat ke atas pengurus berbangsa Austria itu sebelum dibelasah yang menyebabkan mereka terperangkap dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya 12 mata daripada 14 perlawanan musim ini.

 
Dua daripada tiga kemenangan liga yag dicetak The Saints dalam kempen musim ini dirakam Ogos lalu dan sejak itu, mereka menempa enam kekalahan dalam sembilan perlawanan terakhir.

Southampton, yang menyokong mempertahankan Hasenhuttl pada musim-musim terdahulu sunggupun pernah dibelasah 0-9 oleh Leicester City dan Manchester United, kini memutuskan untuk mengambil tindakan drastik dengan memecat pengurus berusia 55 tahun itu sebentar tadi. 

Advertisement

Must Watch Video