Penyerang sensasi Timor Lester, Joao Pedro, berkata kelibat ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, menjadi penyebab utama dia bersetuju untuk menyertai Kuching City musim ini.
Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini bertindak sebagai penggempur kelab Kemboja, Angkor Tiger, dan pernah bermain di beberapa kelab Asia seperti PSM Makassar (Indonesia), Benfica de Macau (Macau) dan Ubon United (Thailand).
Selain itu, dia juga membarisi skuad ASEAN All-Stars ketika menewaskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mei lalu.
Dia sebelum ini pernah dikaitkan untuk menyertai Kuala Lumpur City tetapi lebih memilih untuk ke Kuching City.
Joao Pedro turut berjanji akan memberikan aksi terbaiknya untuk memastikan Kuching City dapat mencapai sasaran yang ditetapkan mereka musim ini.
Sebagai rekod, The Cats mencipta kejutan apabila menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tempat keempat dengan 40 mata hasil 10 kemenangan dan sembilan keputusan seri.
"Saya mahu memberikan yang terbaik dan membantu pasukan ini mencapai sasaran mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Aidil Sharin sebab utama ke Kuching City - Joao Pedro.@ASTROARENA pic.twitter.com/XVCHt63GBN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 28, 2025