Skip to main content

Bola Sepak

Joao Mario semakin hampir tinggalkan Inter

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao-mario.jpg

Pemain tengah Inter Milan, Joao Mario, mula mengikuti sesi latihan di West Ham di ambang peminjamannya ke skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, demikian kata pengurus, David Moyes.

Joao Mario menyertai Inter dengan yuran €40 juta (RM192.6j) dari Sporting CP selepas membantu Portugal menjuarai Euro 2016 di Perancis apabila tampil dalam setiap perlawanan pasukan kendalian Fernando Santos itu.

Namun, dia bergelut untuk merebut tempat kesebelasan utama di bawah asuhan Luciano Spalletti musim ini apabila hanya tampil dalam lima perlawanan Serie A -- pemain berusia 25 tahun itu membekalkan lima bantuan gol.

Ditanya sama ada laporan Joao Mario akan menjalani pemeriksaan kesihatan di West Ham adalah tepat, dalam sidang akhbar menjelang lawatan pusingan keempat Piala FA ke Wigan, Moyes memberitahu: "Sumber anda adalah benar. Anda akan mendapat lebih banyak maklumat apabila ia selesai."

Sky Sports melaporkan West Ham akan mempunyai pilihan untuk mengekalkannya dengan £26j (RM142.9j) pada akhir musim ini.

Moyes menegaskan bahawa dia tidak terburu-buru untuk melengkapkan perpindahan pemain pada bulan ini di celah-celah laporan Galatasaray berminat terhadap Andre Ayew di samping bekas kelab, Swansea City.

"Saya tidak pernah mengatakan bahawa kami mahu mana-mana pemain pergi. Jika seseorang datang, kami akan menilainya, namun setakat ini, tiada siapa yang akan berhijrah," kata Moyes lagi. 

West Ham naik ke tangga ke-11 sejak bekas pengurus Everton dan Manchester United itu mengambil alih dengan empat mata di atas zon penyingkiran.

Advertisement

Must Watch Video