Joao Mario menuntut bintang utama kelab Portugal, Sporting CP, supaya fokus kepada aksi pembukaan Piala Dunia 2018 Portugal dengan Sepanyol sambil memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak berhijrah ke Serie A sekiranya mereka meninggalkan kelab krisis itu.
Sporting menjadi tajuk berita muka depan di Portugal dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang menyaksikan peminat bertelagah dengan pemain selepas pasukan itu gagal layak dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan tewas dalam final Taca de Portugal.
Jurulatih, Jorge Jesus, telah angkat kaki ke Al-Hilal manakala laporan terkini mengaitkan beberapa watak penting, termasuk pemain antarabangsa Portugal, Rui Patricio, William Carvalho, Bruno Fernandes dan Gelson Martins, sedang berusaha untuk membatalkan kontrak mereka.
Bekas pemain tengah Sporting, Joao Mario, bagaimanapun, yakin bahawa situasi semasa tidak akan menjejaskan pasukan itu di Russia sambil menasihati rakan sepasukannya.
"Serie A adalah di luar persoalan (untuk mereka)," katanya dalam sidang akhbar ekoran pengalamannya sukarnya dengan kelab gergasi Itali, Inter.
"Tetapi ia bukan topik utama buat masa ini. Keseluruhan jentera kumpulan memberi tumpuan kepada apa yang penting: Aksi menentang Sepanyol. Kebanyakan pemain skuad ini beraksi dalam Piala Dunia buat kali pertama, itulah motivasi besar buat kami semua.
"Semua perkara lain (akan diuruskan) selepas Piala Dunia."
Selain kontinjen Sporting yang di bawah tekanan, Cristiano Ronaldo juga menjadi fokus utama ketika berdepan Sepanyol.
Pemain Real Madrid itu mencadangkan dia akan meninggalkan juara Eropah itu, begitupun Joao Mario yakin pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or itu sudah bersedia untuk mengetuai negaranya.
"Kami perlu berada dalam prestasi terbaik ketika menentang Sepanyol, saya yakin kami akan menampilkan permainan yang hebat -- bukan sekadar Cristiano," katanya. "Pertembungan Portugal dengan Sepanyol sentiasa menjadi istimewa.
"Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia dan dia akan menjadi bintang Piala Dunia kali ini. Tidak ada kata-kata untuk menggambarkannya."