Skip to main content

Bola Sepak

Joao Figueiredo mahu pastikan Malaysia terus lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao.jpg
Keampuhan Joao Figueiredo dalam memastikan jaringan terhasil dalam tiga kemunculannya bersama skuad negara membawa kesimpulan yang cukup tepat, watak pemusnah yang ada pada pemain kelahiran Brazil itu adalah aset terkini yang menjadi ancaman pihak lawan selepas ini.

"Saya berharap sentuhan jaringan ini berterusan. Saya mahu terus membantu pasukan meraih kemenangan. Saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan gol untuk Malaysia," katanya.

Bermula daripada aksi pertamanya dengan Vietnam, Singapura dan terkini Palestin, Figueiredo dapat berasakan peningkatan aksi skuad kendalian Peter Cklamovski semakin ketara.

Malah dia tidak teragak-agak untuk meletakkan Malaysia sebagai calon paling layak dari Kumpulan F untuk mengulangi penampilan di pentas Piala Asia.

Tiga aksi terakhir dalam saingan peringkat kumpulan perlu disudahkan dengan jayanya -- sasaran paling dekat adalah Laos bulan depan.

"Ia adalah ujian yang baik buat Malaysia. Kami bertambah baik dalam setiap perlawanan dan berharap untuk mengekalkan momentum ini."



Jaringan Fgueiredo menentang Palestin sekaligus mencipta sejarah baru, kini namanya sebaris dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Nizaruddin Yusof selaku pemain ketiga sahaja untuk meledak tiga gol dalam tiga penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video