Skip to main content

Bola Sepak

Joao Figueiredo samai rekod Mokhtar Dahari, Nizaruddin?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao.jpg
Jaringan tunggal penyerang Harimau Malaya, Joao Figueiredo, ketika menewaskan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi menyaksikan dia difahamkan menyertai pemain ketiga negara yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas penyerang Istanbul Basaksehir berusia 29 tahun itu menyertai legenda bola sepak negara iaitu Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Nizaruddin Yusof.


 
"Kemenangan pertama ke atas Palestin selepas 24 tahun, 5 perlawanan tanpa kalah sejak revolusi Harimau Malaya, Joao Figueiredo sertai Mokhtar Dahari dan Nizaruddin Yusof raih gol 3 perlawanan pertama serta Richard Chin debut." katanya.

Joao muncul penjaring tunggal negara dalam aksi malam tadi apabila meledak seawal minit ketiga selepas menerima hantaran lintang Quentin Cheng untuk kedudukan 1-0 dan kekal hingga wisel penamat.

Malah, kemenangan pertama anak buah Peter Cklamovski ke atas Palestin itu merupakan kali pertama selepas 24 tahun sekali gus memacu Harimau Malaya mencipta lima kemenangan sejak revolusi kem negara bermula.
Football Shoes

Sedia Turun Padang

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video