LALIGA
Joao Felix miliki personaliti tangani harga tinggi, kata Koke
Ketua pasukan Atletico Madrid, Koke, yakin pemain muda yang menjadi tumpuan ramai, Joao Felix, mempunyai perwatakan untuk mengendalikan nilai tanda harganya yang setinggi €126 juta (RM582.9j).
Mula menembusi skuad utama Portugal, Joao Felix menjadi pemain keempat termahal dalam sejarah ketika berpindah daripada Benfica, bulan lalu.
Pemain remaja itu berharap mampu menjejaki rakan senegaranya dan juga bekas bintang LaLiga, Cristiano Ronaldo, namun Diego Simeone menegaskan perbezaan di antara kedua-dua pemain itu adalah ketara.
Koke memandang tinggi persamaan yang dimiliki kedua-dua pemain itu, iaitu keyakinan tinggi.
"Dia mempunyai personaliti yang besar," kata pemain tengah itu kepada El Pais. "Bukan mudah untuk menghadapi tekanan berhubung yuran perpindahan yang tinggi.
"Dia menggemari bola sepak, dia mempunyai kualiti tinggi tetapi apa yang paling saya suka mengenainya ialah kejahatan (permainannya), iaitu menggelecek. Dia suka mengawal bola, dia tidak gentar untuk memintanya.
"Anda perlu memberikannya sedikit masa. Jika dia mengharungi dua perlawanan yang buruk, anda tidak boleh membunuhnya."
Peminat juga dituntut agar bersabar kepada bukan setakat seorang pemain memandangkan Atletico memborong tujuh pemain dalam jendela perpindahan musim panas ini.
Antaranya, Kieran Trippier dan Renan Lodi, yang perlu menyesuaikan diri dengan struktur pertahanan yang diterapkan Simeone.
"Itu tidak ada masalah kerana pengurus akan menerapkannya," kata Koke ketika ditanya mengenai kebolehan dua pemain pertahanan tersebut.
"Sekiranya anda mara ke depan, maka Cholo akan bertahan dengan baik."